Marah - untuk renungan diri sendiri…
Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia
¨ Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada
langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu
di dunia.
¨ Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.
¨ Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.
¨ Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
¨ Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
¨ Ujub dan sombong.
¨ Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.
¨ Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi
manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan
dosa besar.
¨ Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.
¨ Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.
¨ Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula
menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa
betul.
¨ Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
¨ Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.
¨ Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang
merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh
kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.
ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki
memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya.
Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata
kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan
beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad
sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam.
Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu
pergi."
Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua
makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau
membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan
saya tidak suka duduk bersama syaitan."
Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya
ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan
keredaan Allah."
Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu
daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak
Adam.
"Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."
Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda:
"Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka
Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat…."
SABAR dipandang mulia di sisi Allah kerana mendatangkan banyak kebaikan
kepada diri sendiri dan orang lain. Sikap itu perlu diamalkan setiap
masa dalam kehidupan seharian.
Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu sabar menahan
diri daripada perkara yang disukai, tetapi dilarang oleh agama.
Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi.
Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau
perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan
keburukan. Menahan diri ketika penderitaan, sanggup melakukan perkara
sukar demi mendapat kebaikan dan bersedia menghadapi tempoh panjang
untuk mendapatkan sesuatu.
Allah menyebut orang bersabar bakal mendapat kegembiraan, petunjuk, keberkatan dan rahmat daripada-Nya.
Sebab itu setiap orang mesti bersabar dalam menghadapi segala cabaran
hidup. Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang
bersabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya.
Dr Yusof Al Qardhawi berkata ada lapan perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang, iaitu:
l Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan sementara.
l Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu.
l Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah.
l Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya.
l Berusaha mencontohi orang sabar.
l Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.
l Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah.
l Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedihberlebihan, putus asa dan gopoh-gapah.
Sabar boleh dibentuk dengan adanya harapan dan cita-cita untuk
mendapatkan sesuatu. Hal ini kerana seseorang itu pasti berusaha
bersungguh berlandaskan kesabaran untuk mencapai hasrat hati.
Ibnu Qayim dalam bukunya, Al Madaraji menyebut hukum bersabar itu adalah wajib.
Sifat sabar adalah kunci kejayaan, insan yang tidak tekun dan tidak
sabar dalam menuntut ilmu tidak memperoleh pengetahuan. Pekerja yang
tidak sabar dalam pekerjaan tidak akan dapat menyiapkan tugasnya
mengikut jadual dengan mutu yang baik.
Kesabaran sangat dikehendaki dan ada batasnya. Kita perlu mengelakkan
sesuatu pihak menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai
senjata memusnahkan diri kita.
Oleh itu, setiap insan perlu mempunyai tahap sabar yang tinggi bagi
mengatasi apa juga persoalan kehidupan. Ia bagi memastikan kehidupan
dapat ditempuhi dalam keimanan tinggi.
"Hatiku….hatiku JUa
:::ORIGINALLY FROM MYMASJID.COM.MY
RAHSIA BULAN ANDA DILAHIRKAN BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO’
JANUARI. bercita-cita tinggi dan orangnya serius · suka mendidik dan dididik · sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik · rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan · suka smart,kemas dan teratur · bersifat sensitif , berfikiran mendalam · pandai mengambil hati org lain · pendiam kecuali telah dirangsang · agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi · mudah mendisiplinkan diri sendiri · badannya sihat tetapi mudah diserang selsema · bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya · cukup sayang pd kanak-kanak · suka duduk rumah · setia pada segala-galanya · perlu belajar kemahiran sosial · cukup cemburu yg sangat tinggi
FEBRUARI· berfikiran abstrak · sukakan benda yang reality dan abstrak · inteligent, bijak dan genius · berpesonality yg mudah berubah · mudah menawan org lain · agak pendiam. Pemalu dan rendah diri · jujur dan setia pd segalanya · keras hati untuk mencapai matlamat · tidak suka dikongkong · mudah memberontak apabila dikongkong · suka kegiatan yg lasak · emosinya mudah terluka dan sgt sensitif · mudah mempamirkan marahnya · tidak suka benda yg remeh-temeh · suka berkawan tapi kurang mempamerkannya · sangat berani dan suka memberontak · bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya · pemerhatian yg tajam · suka hiburan dan sukan · suka benda yg bersifat seni · sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran · berkecenderungan pd benda yg tahyul · amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros · belajar untuk mempamirkan emosi
MAC· berpesonaliti yg menarik dan menawan · mudah didampingi · sgt pemalu dan pemendam rasa · sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati · sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran · suka pada kedamaian · sgt peka kepada orang lain · sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain · tidak cepat marah dan sangat amanah · tahu balas budi dan tahu kenang budi · pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam · kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal · suka berangan-angan · suka melancong · sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi · kelam kabut dalam memilih pasangan · suka dgn hiasan rumahtangga · punya bakat seni dalalm bidang muzik · kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik · jgn terlalu moody.
APRIL· sgt aktif dan dinamik · cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal · sgt menarik dan pandai manjakan diri · punya daya mental yg sangat kuat · suka diberi perhatian · sgt diplomatik(pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org · sgt berani dan tiada perasaan takut · suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah · emosi cepat terusik · try control the emotion · kecenderungan bersifat dendam · agresif, kelam kabut utk membuat keputusan · kuat daya ingatan · gerak hati yg sangat kuat · pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain · berpenyakit disekitar kepala dan dada · sgt cemburu dan terlalu cemburu
MEI· kekerasan hati & degil · kuat semangat & bermotivasi tinggi · pemikiran yg tajam · mudah marah apabila tidak dikawal · pandai menarik hati org lain & menarik perhatian · perasaan yg amat mendalam· cantik dr segi mental & fizikal · tidak perlu dimotivasikan · tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain · mudah dipujuk · bersikap sistematik (otak kiri) · suka berangan · kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu · bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit · daya khayalan yg tinggi · permikiran yg tajam · pandai berdebat · fizikal yg baik · kelemahan sistem pernafasan · suka sastera,seni & muzik serta melancong · tidak berapa suka duduk dirumah · tidak boleh duduk diam · tidak punya ramai anak · rajin dan bersemangat tinggi· agak boros
JUN· berfikiran jauh & berwawasan · mudah ditawan krn sikap baik · berperangai yg lemah lembut · mudah berubah sikap,perangai idea @ mood · idea yg terlalu banyak dikepala · bersikap sensitif · otaknya aktif (sentiasa berfikir) · sukar melakukan sesuatu dgn segera · bersikap suka menangguh-nangguh · bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik · cepat marah & cepat sejuk · suka bercakap & berdebat· suka buat lawak & bergurau · otaknya cerdas berangan-angan · mudah berkawan & pandai berkawan · org yg sangat tertib · pandai mempamerkan sikap · mudah kecil hati · mudah kena selsema · suka berkemas · cepat rasa bosan · sikap terlalu memilih & cerewet · kurang mempamerkan perasaan · lambat nak sembuh apabila terluka hati · suka kepada barang yang berjenama · mudah menjadi eksekutif · kedegilan yg tidak terkawal · sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
JULAI· Sangat seronok didamping · Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki · Agak pendiam kecuali diransang · Ada harga dan maruah diri · Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan · Mudah dipujuk dan bercakap lurus · Sangat menjaga hati orang lain · Sangat peramah · Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya · Berjiwa sentimental · jarang berdendam· mudah memaafkan tapi sukar melupakan · tidak suka benda remeh-temeh · membimbing cara fizikal dan mental · sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang · layanan yg serupa dgn semua orang · tinggi daya simpati · pemerhatian yg tajam · suka menilai org lain dgn pemerhatian · mudah dan rajin belajar · suka muhasabah diri · suka megenangkan peristiwa atau kawam lama · suka mendiamkan diri · suka duduk dirumah · suka tunggu kawan tapi tak cari kawan · tak agresif kecuali terpaksa · lemah dari segi kesihatan perut · mudah gemuk kawal tak kawal diet · minta disayangi · mudah terluka hati tapi lambat pulih · terlalu mengambil berat · rajin dalam membuat kerja
OGOS· suka berlawak · mudah tertawan kepadanya · sopan santun dan caring terhadap org lain· berani dan tidak tahu takut · orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan · pandai pujuk org lain · terlalu pemurah & bersikap ego · nilai harga diri yg sangat tinggi · dahagakan pujian · semangat juang yg luar biasa· cepat marah & mudah mengamuk · mudah marah apabila cakapnya dilawan · sangat cemburu · daya pemerhatian yg tajam & teliti · cepat berfikir · fikiran yg berdikari · suka memimpin & dipimpin · sifat suka berangan · berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat · sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk· cepat apabila ditimpa penyakit · belajar utk relax · sikap kelam kabut · romantik,pengasih,penyayang · suka mencari kawan
SEPTEMBER· sangat bersopan santun & bertolak ansur · sangat cermat,teliti & teratur · suka menegur kesilapan org lain & mengkritik · pendiam tapi pandai bercakap · sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati· sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur · kerja yg dilakukansangat sempurna · sangat sensitif ygtidak diketahui · org yg banyak berfikir · daya pentaakulan yg baik · otak bijak & mudah belajar · suka mencari maklumat · kawal diri dari terlalu mengkritik· pandai mendorong diri sendiri· mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia · suka sukan,hiburan & melancong · kurang menunjukan perasaannya · terluka hatinya sangat lama disimpan · terlalu memilih pasangan· sukakan benda yg luas · bersistematik
OKTOBER· suka sembang · suka org yg sayang padanya · suka ambil jln tengah· sangat menawan & sopan pantun· kecantikan luar & dalam · tidak pandai berbohong & berpura-pura · mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan · sentiasa berkawan · hatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lama · cepat marah· macam pentingkan diri sendiri · tidak menolong org kecuali diminta · suka melihatdari perspektifnya sendiri · tidak sukaterima pandangan orglain · emosi yg mudah terusik · suka berangan & pandai bercakap · emosi yg kelam kabut · daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) · suka melancong,bidang sastera & seni · pengasih ,penyayang & lemah lembut · romantik dlm percintaan ·mudah terusik hati & cemburu · ambil berat tentang org lain · suka kegiatan luar · org yg adil · boros & mudah dipengaruhi persekitaran · mudah patah semangatNOVEMBER· banyak idea dalam perkara · sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya · berfikiran kehadapan· berfikiran unik dan bijak · penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa · pemikiran yg tajam · daya firasat yg sgt halus dan tinggi · bagus utk jadi doktor· cermat dan teliti · personality dinamik · sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia · banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra · berani, pemurah setia dan byk kesabaran · terlalu degil dan keras hati · apabila hendak, diusahakan sehingga berjaya · tak suka marah kecuali digugat · mudah ambil berat terhadap orang lain· pandai muhasabah diri · cara berfikir lain dari org lain · otak yg sangat tajam · pandai mendorong diri sendiri· tidak hargai pujian · kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya · badan yg tough · kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam · romantik · tidak pasti dgn hubungan kasih sayang · suka duduk dirumah · sangat rajin dan berkemampuan tinggi· amanah, jujur setia dan pandai berahsia · tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi · bercita-cita tinggi · perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER· Sangat setia dan pemurah · Bersifat patriotik · Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan · Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa · Bercita-cita tinggi · Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi · Seronok didampingi · Suka bercampur dgn org · Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai · Sangat jujur amanah dan bertolak ansur · Tidak pandai berpura-pura · Cepat marah · Perangai yg berubah-ubah · Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi · Benci pada kongkongan· Suka berlawak · Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik
Kajian Hari Lahir Lagi
1hbKamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.-----------------------------------------2hbBerbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak,tiada siapa yang mampu mengubahnya.-----------------------------------------3hbKamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.-----------------------------------------4hbDikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali.Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.--------------------------------------5hbAwas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri.Namun kebaikan kamu, bersifat pelindungkepada orang-orang yang kamu sayangi.---------------------------------------6hbKamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yangcuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.------------------------------------7hbKamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronak. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!-------------------------------------8hbKamu seorang yang romantis. Wah! Beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!---------------------------------------9hbNampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan ketrampilan diri di mata orang ramai."Maintain vouge" manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.-------------------------------------10hbKamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap inikadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!--------------------------------------11hbNampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????--------------------------------------12hbKamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!-----------------------------------13hbKamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja.Sebab itulah kamu disukai ramai.Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahandengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.----------------------------------14hbHebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalamsenarai hidup kamu!!----------------------------------15hbKamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.-----------------------------------16hbKamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.-----------------------------------17hbKamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri.Namun sikap penting yang kamutonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.-----------------------------------18hbWah! Rupa-rupanya kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagisoal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hinggamendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta,mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.------------------------------------19hbKamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.------------------------------------20hbKamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan.Sebab itulah sering timbulpergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!-------------------------------------21hbSikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkanorang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia.Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.-------------------------------------22hbKamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa 'selamat' bila berada disampingnya.-------------------------------------23hbSikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang sukamendampingi kamu.Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan si dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.-----------------------------------24hbKamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta,kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat mengongkong si dia.-----------------------------------25hbBila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuanyang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????-----------------------------------26hbIsh!!! Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidakserius dalam perhubungan yang dijalinkan.Malah kamu lebih mementingkankeseronokan saja!!!!------------------------------------27hbKamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!------------------------------------28hbKamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman.Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.-------------------------------------29hbKamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.------------------------------------30hbKamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!-------------------------------------31hbTerlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarangtermasuk si dia yang setia!!!!