Fungsi ketawa, menangis
Susunan NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN [HARIAN METRO]
Memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik
SENYUMAN dan ketawa boleh menjadi penawar duka. Kebuntuan fikiran seolah-olah hilang apabila mendengar suara anak ketawa menyambut kepulangan kita dari tempat kerja.
Ketawa dan menangis adalah sebahagian proses semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada kita.
Walaupun sesetengah orang menganggap tangisan itu sebagai satu kelemahan, hakikatnya ia ada fungsi penting dalam kehidupan kita.
Apabila kita ketawa atau menangis, badan mengalami perubahan fizikal dan kimia.
Ketawa dan menangis adalah dua elemen penting yang memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik.
Berbanding ketawa, menangis adalah proses lebih rumit. Air mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Air mata basal (untuk melembapkan mata).
Air mata refleks (dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk).
Air mata emosi (dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi).
Setiap jenis air mata ini mempunyai komposisi hormon dan bahan kimia berbeza. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mangan dan hormon prolaktin lebih tinggi.
Apabila kita menangis, dua bahan ini diambil daripada badan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. Ini sebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis.
Air mata emosi hanya terhasil apabila berlaku perubahan emosi.
Banyak faktor boleh mengakibatkan emosi seseorang berubah, seperti kesedihan kehilangan orang tersayang.
Apabila emosi berubah, sistem saraf bertindak balas dengan merangsang saraf kranial (saraf dari otak) dan menghantar isyarat kepada kelenjar air mata lakrimal (kelenjar air mata paling besar).
Penyelidik percaya, kelenjar ini mengeluarkan jumlah air mata mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila menghadapi tekanan emosi.
Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan.
Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan.
Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan.
Jadi jika anda sedih, tiada salahnya untuk menangis kerana ia antara proses semula jadi untuk mententeramkan semula perasaan dan fikiran.
Jika menangis boleh meredakan perasaan, ketawa pula dianggap sebagai ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah.
Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa.
Diafragma, abdomen, saluran pernafasan, muka, kaki dan bahagian belakang badan secara tidak langsung ‘digerakkan’ serentak untuk bekerja.
Pergerakan ini yang dianggap senaman untuk bahagian tengah badan sebenarnya turut membakar kalori.
Saintis mendapati, ketawa sebanyak 100 kali mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10 hingga 15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.
Apabila kita ketawa, badan menghasilkan sel-T iaitu sel darah putih dan sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan. Ketawa juga didapati boleh mengurangkan penghasilan hormon tekanan.
Ini sebabnya orang yang menghidap penyakit perlu mendapatkan bantuan kaunseling atau kumpulan sokongan untuk menguatkan semangat kerana kesedihan hanya memburukkan keadaan penyakit mereka.
Kajian mendapati apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak.
Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa.
Semua ini dikatakan memberi manfaat kerana ia boleh menguatkan badan.
Ketawa bukan saja boleh meredakan tekanan, tetapi menghilangkan rasa marah.
Antara manfaat ketawa yang lain ialah:
Merendahkan tekanan darah.
Merangsang mood.
Meningkatkan daya ketahanan badan.
Memperbaiki fungsi otak.
Melindungi jantung.
Merapatkan hubungan dengan orang lain.
Melegakan perasaan.
Membuatkan kita berasa selesa.
Malah, ketawa juga boleh meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, artritis, ulser dan mengelakkan risiko mendapat serangan jantung.
Kajian mendapati seseorang itu berisiko diserang sakit jantung jika sentiasa dalam keadaan tertekan, resah, gelisah dan marah.
Bahkan, ada juga kajian mendapati ketawa boleh melancarkan sistem pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan.
Namun paling penting ialah ketawa boleh mengekalkan kesihatan mental. Apabila kita berfikiran tenang dan melihat masalah daripada sudut positif, ia juga boleh dijadikan bahan ketawa.
Ketawa pada diri sendiri juga boleh mengubah persepsi kita terhadap masalah dihadapi. Mungkin anda tidak sedar, ketawa sebenarnya membolehkan kita menangani masalah atau tekanan dengan lebih baik.
KITA TAK SEDAR…
1. Jika anda makan satay….jangan pula
lupa timunnya, sebabnya memakan
satay bersama karbon yang terhasil selepas
pembakaran akan mendatangkan
kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan
barah).Timun pula adalah anti-karsinogen
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil
vitamin C !!.Yang mana anda akan mati keracunan
Arsenik
dalam beberapa jam sahaja.
3. Cuba yang ni…..bagi penggemar makanan ni
“Bah Kut Teh” (babi).
Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah
sebelum terlambat.
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas
kepingan daging babi tu dan
tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat
berenyut-renyut keluar dari sana .
Fakta diperolehi dari “Health Corporation of
Singapore “.
4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam
shampoo.
Balik rumah dan pergi periksa.
Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo
anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau
ringkasnya SLS.
Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka
masa yang panjang dan ini
bukannya jenaka.
Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini
ialah; Vo5,Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp
Shampoo terbaru keluaran body
shop, Nature Force dan lain-lain lagi.
Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi
Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap
syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu
masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan
bahan yang boleh mengeluarkan busa
yang banyak”.
Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk
kanak-kanak) turut
mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan
busa.
5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera
(tak kiralah maggi, koayteow
dsb), Pastikan berhenti makan dulu
sekurang-kurangnya 3 hari selepas
mengambil mee segera sebelum mengambil paket
yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang
doktor.
Keluarga saya telah menghentikan pengambilan
makanan ini setelah mendapat
tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini.
Inilah yang menyebabkan mee segera tidak
melekat antara satu sama lain
apabila dimasak.
Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG
AKTOR dari SBC (sekarang ni
dikenali sebagai TCS).
Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya
membuatkan beliau sangat sibuk
untuk memasak, jalan mudah mengambil mee
segera setiap hari. Kemudiannya
beliau disahkan menghidap barah.
Barahnya disebabkan wax dalam mee
segera.Doktor
juga memberitahu yang badan
manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan
wax dari sistem badan.
Seorang lagi mangsa yang serupa ialah
Pramugara dari SIA yang mana setelah
berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri,
Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee
segera.
Dia didapati menghidap barah dan mati selepas
itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai
“makan untuk mendapat barah” Kalau istilah
James
Bond ==>Licence to kill!
6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan
melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman.
Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.
Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak
bewarna dicampur bersama
gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik
straw tersebut dipanaskan,
ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut.
Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang
dibeli terdedah kepada udara
tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri
lembik dalam masa yang singkat
sahaja.
Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang
yang
anda sayangi dan pengguna
yang masih belum disedarkan lagi.
Penolong Pendaftar
Uni t Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia &
Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Uni versiti Sains M’sia
P.Pinang
Sujud legakan sistem pernafasan
MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t . yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
> > > > > > > > > > Sabda Rasulullah S.A.W > > > > > > > > > > > > > >
” Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ”
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!
dari wanita utk wanita…nyeh3..
Enam masalah kesihatan paling memalukan wanita
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
ANDA tidak bersendirian. Umumnya, jutaan wanita di muka bumi ini hidup dengan rasa malu kerana masalah pembuangan air kecil yang kerap, peluh berlebihan, faraj berbau, angin dan beberapa masalah lain yang ‘sewaktu’ dengannya.
Mereka langsung tidak mahu berbincang mengenainya. Fikir mereka, ‘‘Biarlah ia menjadi rahsia diriku seorang.’’
Topik-topik yang ada kena-mengena dengan ‘tandas’ seperti terlalu kerap membuang air kecil, masalah pundi kencing, usus, datang bulan dan keputihan muncul keadaan yang paling memalukan kaum Hawa diikuti dengan masalah badan dan kemaluan berbau serta nafas yang kurang menyegarkan.
Bagaimanapun, menutup mulut tentang isu-isu ini tidak lebih daripada satu perbuatan yang merugikan kerana untuk pengetahuan anda, terdapat sekian banyak rawatan yang ditawarkan di luar sana.
Berikut digariskan enam masalah paling memalukan yang dihadapi oleh wanita. Turut dimuatkan alasan kenapa anda tidak perlu lagi berdiam diri berpeluk tubuh mengenainya. Kita mulakan dengan:
Kerap membuang air kecil
Tiada data yang dapat memberitahu jumlah sebenar wanita-wanita di negara ini yang menderitai masalah ini.
Bagaimanapun, sebagai perbandingan dengan negara yang selalunya dijadikan rujukan iaitu Amerika Syarikat (AS), ia mengganggu lebih 17 juta warga wanitanya.
Namun dengan jumlah sebesar itu, masih lagi mereka berasa gusar untuk ‘berbual-bual’ dengan doktor mengenainya.
Pada pendapat mereka, jika anda telah dilatih untuk menggunakan tandas sejak kecil lagi, kenapa pula anda tidak boleh mengawalnya kini?
Isu ini turut dilihat mempunyai kaitan dengan faktor penuaan dan pada dasarnya, jarang orang yang mahu mengaku tua.
Satu daripada tiga wanita yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal kencing ini dikategorikan masih muda iaitu bawah 35 tahun.
Kebocoran kencing adalah sesuatu yang dianggap tidak normal dalam apa keadaan sekalipun jika anda telah dilatih untuk ke tandas.
Apa pun, berita baiknya terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk masalah ini. Kewajipannya terpulang kepada pesakit sendiri.
Jangan fikir doktor akan mengadili anda yang bukan-bukan. Malah, kemungkinan besar doktor tersebut boleh membantu.
Anda hanya perlu mengadakan temu janji dan berjumpa doktor. Kemudian katakan dengan yakin: ‘‘Saya mengalami masalah kebocoran kencing (tidak dapat mengawal kencing atau kerap membuang air kecil).’’
Tip pengurusan yang anda pandai-pandai lakukan sendiri di rumah ada ketikanya hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Misalnya, ada sesetengah wanita yang pundi kencingnya terlalu aktif ini mengambil keputusan untuk mengurangkan pengambilan cecair.
Logiknya ada di situ tetapi apa yang anda tidak tahu adalah, tindakan itu sebenarnya akan meningkatkan keradangan pundi kencing dan menyebabkan masalah menjadi bertambah serius.
Bilakah kekerapan membuang air kecil merupakan sesuatu yang normal? Jawapannya, menjelang tahun-tahun menopausal (putus haid).
Dalam keadaan ini, ubat- ubatan tertentu, pengubahsuaian pemakanan dan senaman kegel (kemut) berupaya membantu menguatkan otot- otot yang mengawal pengeluaran air kencing.
Kencing yang terlalu kerap juga boleh menjadi tanda penyakit-penyakit lain yang memerlukan penilaian ataupun akibat kesan sampingan ubat-ubatan yang anda sedang ambil.
Angin
Semua orang mempunyai angin di dalam badan mereka tetapi kebanyakan daripada kita enggan mengakuinya.
Mengakulah kepada doktor anda kerana angin selalunya berkait rapat dengan pemakanan. Ia juga boleh dirawat dengan pengubahsuaian makanan selain produk-produk yang banyak dijual di farmasi-farmasi sahaja.
Ada beberapa punca lagi yang boleh mencetuskan masalah angin dan bukannya setakat akibat memakan kekacang.
Anda mungkin terkejut apabila mendapat tahu bahawa minum menggunakan straw boleh menyebabkan angin di dalam usus dan perut. Begitu juga dengan sayur-sayuran yang mempunyai empat kelopak bunga seperti sawi.
Sindrom usus rengsa (IBS)
‘‘Gangguan ini mempamerkan gejala-gejala seperti sakit perut atau rasa tidak selesa di samping perubahan corak membuang air besar seperti sukar membuang air besar (sembelit) atau sebaliknya, terlalu kerap pula ke tandas (cirit-birit),’’ kata Pakar Perunding Perubatan, Hospital Kuala Terengganu, Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh@Embat.
Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Yayasan Antarabangsa bagi Gangguan Fungsi Gastrousus yang berpangkalan di Milwaukee, Wisconsin, ia menjejaskan antara 10 hingga 15 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia.
Pesakit IBS mungkin berasa malu kerana mereka berasa berbeza daripada orang normal lain tetapi hakikatnya, ia merupakan satu gangguan yang sangat biasa di kalangan wanita khususnya.
Sekali lagi, terdapat banyak maklumat serta rawatan yang boleh membantu menjadikan hidup anda lebih terurus.
Malangnya, ramai wanita yang memilih untuk sengsara seorang diri sedangkan banyak lagi yang senasib dengan mereka sebenarnya.
Perpeluhan melampau
Ramai wanita yang berasa malu apabila merembeskan peluh yang melampau banyaknya tidak kiralah sama ada ia keluar menerusi tapak tangan atau ketiak. Mestilah malu, bukan?
Masalah ini perlu diperiksa oleh seorang doktor. Terdapat preskripsi nyahpeluh yang boleh digunakan dan dalam kes-kes yang ekstrem, suntikan Botox juga boleh menjadi penyelesaian bagi merawat tapak tangan, tapak kaki dan ketiak.
“Jika anda mendapati ada perbezaan dalam cara anda berpeluh atau ia menyusahkan sehingga anda tidak boleh melakukan aktiviti tertentu seperti orang lain ataupun ia menyebab kemurungan untuk menjalani kehidupan seharian, terdapat pilihan rawatan yang ada,’’ kata Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Institut Jantung Negara, Dr. Jeswant Dillon.
Kesihatan pernah menyiarkan artikel berkenaan rawatan ETS iaitu pembedahan kelenjar saraf simpatektomi torasik endoskopi bagi mengatasi masalah peluh berlebihan yang luar biasa di institut berkenaan.
Alat sulit berbau
Ini boleh menjadi tanda jangkitan tetapi tidak semestinya jangkitan yis, kata Pakar Estetik dan Antipenuaan, Alice Total Wellness, Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. Alice Prethima Michael.
‘‘Sesetengah wanita terlebih mengguna pakai krim yis yang dibeli di kaunter farmasi dan terlepas untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dan tepat.
‘‘Sesetengahnya pula merasakan ia sekadar bau yang berbeza, tidak lebih dari itu. Keadaan ini boleh memberikan kesan terhadap imej tubuh atau perasaan mereka semasa melakukan hubungan kelamin,’’ katanya.
Pokok pangkalnya, berbincanglah dengan doktor anda.
Lemah keinginan syahwat
Wanita mungkin berasa terlalu segan untuk membawakan masalah kekurangan nafsu seks ini ke pengetahuan doktor tetapi ia sebenarnya boleh menjadi petunjuk kepada keseluruhan masalah yang ada.
‘‘Kekurangan libido mungkin disebabkan oleh masalah psikologi, biologi mahupun sosial. Jadi, ia memerlukan penyiasatan menyeluruh kesemua aspek bagi menentukan punca penyebabnya,’’ kata Pakar Sakit Tuan yang tidak asing lagi, Dr. Ismail Tambi.
Misalnya, seorang wanita mungkin terpaksa menjaga orang tuanya yang telah uzur dan banyak masanya diperuntukkan secara fizikal dan mental (emosi) sehinggakan tiada masa untuk seks (sosial).
‘‘Keinginan syahwat yang menurun mungkin ada kaitannya dengan kemurungan, kekhuatiran atau imej tubuh yang negatif (psikologi).
‘‘Isu-isu biologi seperti penyakit jantung dan diabetes atau ubat-ubatan yang menjejaskan rangsangan seks turut memainkan peranan di dalam masalah ini,’’ jelasnya.